Hehehe....entri ni saje saya masukkan khas buat suamiku, emmm bukan nak perli tau cuma bagi tips je.Itupon kalau dia nak buatlah. Bila masuk bab perut ni of course la yang perempuan ni akan bagi reason takpe kita dah bersalin.....memanglah boroi sikit ekekeke..selalunya itulah ayat saya. tapi kalau kat yang lelaki nih kenapa plak ek?. nak kata merokok dia tak merokok.tapi yang pasti dia sangat suka minum ais hehehe..(ketawa jahat lagi). Apepun cuba kita tengok apa yang saya dapat harini.
1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Selamat mencuba!
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
cuba senaman ni...:)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kalau buat sit-up hari-hari tak jadi jugak, boleh cuba tips ni
1. Bangun pagi-pagi.
2. Berdiri tegak kemudian tundukkan kepala lalu tenung perut anda sedalam-dalamnya.
3. Bongkok kan badan.
4. Buka baju.
5. Tengok cermin. Lalu tampar perut anda banyak kali sambil cakap :
"bikin malu!bikin malu!bikin malu!"
1. Bangun pagi-pagi.
2. Berdiri tegak kemudian tundukkan kepala lalu tenung perut anda sedalam-dalamnya.
3. Bongkok kan badan.
4. Buka baju.
5. Tengok cermin. Lalu tampar perut anda banyak kali sambil cakap :
"bikin malu!bikin malu!bikin malu!"
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ikuti tips ini untuk mengalami keberkesanan untuk memiliki perut kempis dengan mudah dan senang.
Makan makanan yang betul
Untuk miliki perut yang kempis, perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang betul dan seimbang untuk tubuh badan kita. Perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau.
Tinggalkan makanan ringan
Mungkin ini perkara paling sukar untuk ditinggalkan apabila saban hari kita disogok dalam menghayati keenakan makanan ringan tidak kira pada waktu pagi, tengahari dan juga malam. Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kal (kalori) yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun 3 bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin.
Berhenti makan lewat malam
Kita pasti selalu mendengar perumpamaan ini bukan? Elak makan di waktu tengah malam. Kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar.
Kurangkan minuman bergula dan soda
Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari.
Jangan berulam air ketika makan Seelok-eloknya, jauhi makan sambil berulam dengan air kerana situasi ini mampu membuatkan perut anda buncit. Selepas makan, biarkan seketika dan barulah kita meminum air suam. Elakkan meminum minuman sejuk kerana proses penghadaman akan mengalami masalah jika berulam air sejuk dan mengakibatkan perut kita senang buncit.
Lakukan senaman kardio
Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan