Assalammualaikum dan Selamat Pagi....new fresh day today. Topik yang saya nak saya tonjolkan arini terpikir gak masa perjalanan nak ke tempat kerja yang mengambil masa satu jam nih. Ditambah plak arini terlewat bangun pagi semua jadi gelabah sket hehehe, nasib baik saya dah pesan kat cik abang sidai baju malam tadi. Tapi bila dah kelam kabut ni rasa letih la plak time tu la nak pack baju anak nak mandikan anak waduh capek jadinya.
bila fikirkan balik masa dengan anak ni sangatlah terhadnya ditambah lagi saya tak ade pembantu rumah so semua keje kena handle and dibantu oleh cik abang. alhamdullilah dia pun ringan tulang. kesian jugak kat anak-anak ni malam je la saya ada masa dengan mereka itu pun sangatlah terhad sebab esok rutin yang sama saya dan anak-anak akan hadapi. saya tak nak lah mereka mengantuk bila pergi ke sekolah nanti so dalam pukul 10 ke atas dah masuk tidur. saya pulak tak suka tengok rumah berselerak so nak tak nak saya mesti pastikan rumah bersih dulu before pergi keje. Emmm kadang-kadang tu masak jugaklah tapi selalunya hari bekerja ni banyaknya beli atau makan kat luar je. hari cuti barulah saya akan masak dan clearkan rumah betul-betul.
saya suka jugak menanam pokok bunga ni, konon nak buat mini taman tapi tak banyak jugak pokok saya hehehe. plan nak beli pokok lama dah tapi tak terbeli-beli jugak susah betul kan. time constaraint ke?..tah la sebab bila weekend tu je la masa yang ada nak buat macam-macam aktiviti.Eh ni dah lari topik daaaa...ok kita balik pada topik ibu yang bekerjaya ni...salah satu sebabnya tu la tadi bila dah mak bapak kerja ni masa tu sangat lah limited edition dengan anak-anak so saya carilah tips macamana nak jadi superwomen hehehe...taklah at least masa berkualiti untuk seisi keluarga.
ini anatara tips yang saya dapat tapi terpulang pada individu tu untuk menguruskan masa mereka.
1. KOMITMEN-ibu perlu berazam untuk mendidik anak dengan baik. ibu perlu ingat, kesilapan mendidik anak pada hari ini, buruk padahnya di masa depan.walaupun letih, kuatkan hati dan semangat untuk melayan anak-anak dengan baik. banyakkan berzikir untuk menghilangkan rasa penat.
kadang-kadang,bila penat tu la kita rasa nak marah je kan..dan anak-anak ni la yang jadi mangsa..lepas ni kalau rasa penat dan anak-anak menguji kesabran, kena banyak-banyak berzikir..
2. KONSISTEN / ISTIQAMAH-apa yang ibu buat untuk mendidik anak perlulah berterusan. Jangan kerana hari ni dengar ceramah, maka semangat untuk mengajar anak selepas magrib.esok-esok tak buat dah..buatlah secara konsisten.hari ni solat berjemaah,esok lusa tak buat dah.ambillah masa walau sekejap untuk mengulangkaji dengan anak-anak. sekejap tatapi konsisten adalah lebih baik dari lama tapi sekali-sekala kan..
3. KREATIF
ibu berkerjaya perlu kreatif dalam mengurus rumah. Kata ustazah, memang penat dan kadang-kadang rumah tak terurus kerana menguruskan anak-anak.kalau sibuk mengurus rumah takut anak pula terabai. Jadi, ibu perlu kreatif. Contoh, kain yang bertimbun, himpun je dalam bakul kalau tak sempat lipat, takde la nampak bersepah(contoh ni ustazah bagi dan maybe dia pon biasa buat..hehehe). Sapa-sapa ibu berkerjaya ade idea kreatif dalam mengurus rumah sila la kongsi dengan saye ye.
4. KETAQWAAN
yang ini paling menarik. kata ustazah, bila kita berkerja, dan anak-anak kita tinggalkan dengan pengasuh..pastikan kita melakukan kerja dengan penuh taqwa. apa yang kita lakukan,ada impaknya pada anak-anak.kalau kita bekerja, tapi mengambil rasuah, ingatlah hasil haram yang kita beri pada anak. sama juga jika kita bekerja, tapi "tidak bekerja"..ingatlah pada keberkatan rezeki yang kita bawa balik untuk anak-anak..ibu-ibu..bekerja lah dengan kerja yang sebenarnya agar kita membawa balik rezeki yang halal dan berkat untuk anak-anak.agar mereka membesar dengan akhlak yang baik hasil dari didikan yang baik, dan juga makan dari hasil yang baik-baik juga..eh..jangan ibu-ibu risau jika membaca entry ini ketika sedang bekerja ya..tidak salah jika sedang berkelapangan

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
- Kemas barang ketika hari cuti
- Hari cuti adalah waktu terbaik untuk kita menyelesaikan semua keperluan anak supaya tidak menggangu waktu rutin harian kita, kita boleh gosok baju bagi tempoh 1minggu terus, menyediakan makanan anak bagi tempoh 2, 3 hari dan dibekukan dan pakaian anak disediakan bagi tempoh 1 minggu terus. Jika tidak kita akan sentiasa tidak cukup masa, sehingga kadang-kala mengabaikan kesihatan, kebersihan. Bagi anak seorang boleh lagi, jika sudah mula menambah 2, 3 seterusnya maka keadaan tidak akan sama seperti sekarang. Jadi amat perlu kita menguruskan masa sebaik mungkin. Waktu cuti selesaikan semua kelengkapan si anak sebelum kita keluar berjalan, kebiasaan hari cuti kita berjalan badan akan penat kadang-kala kita akan menangguhkan mengemas barang anak pada pagi untuk pergi kerja dan inilah yang akan terjadi, botol susu lupa, susu lupa, lampin lupa,beg lupa dan sebagainya. Kemas semua barang dan letak dalam kereta atau di pintu sebelum hari esoknya.
- Simpan barang satu tempat
- Praktiskan meletak barang satu tempat supaya kita terbiasa untuk mencapainya. Wujudkan storage semua keperluan anak dalam satu tempat walaupun barang kecil dan perlu biasa menyimpan tempat yang sama apabila menggunakannya. Baju anak diasingkan mengikut kegunaan, baju siang, baju malam dan baju untuk bersiar, storage bertingkat amat sesuai untuk membuat pengasingan ini dan kita mudah mengambil baju tanpa menyelongkar. Elakkan melipat baju anak seluar dan baju asing, sebaliknya satukan baju dengan seluar agar kita segera dapat menggunakannya. Bagi barang kecil seperti bedak, sikat, ketip kuku, puting kapas, minyak zaitun boleh disatukan satu bekas tertutup dan mudah dibawa bagi tujuan mencuci badan anak. KIta dapat menjimatkan masa dari mencari barang yang berterabur.
- Beli barang anak terus untuk tempoh guna 1 bulan
- Hal ini amat digalakkan bagi ibu yang berkerja kerana kesuntukan masa, seeloknya, kira pek kegunaan susu, lampin buang anak bagi tempoh sebulan dan beli terus. Ini memudahkan kita agar barang anak dapat dibekalkan berterusan tanpa masalah. Malah menjimatkan kerana kita mungkin memborong pada hari sales. Wujudkan satu storage extra (barang standby contoh bedak 2 pek, mandian, 2 pek dan sebagainya) barangan yang sudah ada 1 pek sahaja boleh ditambah (extra) jadi urusan kita ke pasaraya akan berkurangan. Hal ini juga boleh diamalkan untuk barangan isi rumah seperti beras, minyak, gas. Amalkan beli extra bagi mudahkan kita ketika barang habis. Tidak wujud incured cost sebab barang ini tetap akan digunapakai.
- Amalkan menyediakan bahan masakan sedia masa dalam peti ais
- Sedap makan diluar, namun lagi sedap makan dirumah dengan air tangan kita. Anak yang makan, tangan ibu memberi banyak keberkatan pada anak. Bagi bawang,rencah, boleh diblend untuk tempoh kegunaan seminggu dan dipek dalam bekas kecil yang boleh disimpan dibahagian beku, satu simpan ditempat sejuk biasa dan satu lagi dibahagian beku, bawang tidak tahan lama jika tidak disejukbeku. Jadi tempoh 1 minggu amat sesuai untuk kita refill bekas yang sudah kosong. Bawang yang sudah diblend mempercepatkan kita menyediakan masakan setelah balik pejabat. Bahan mentah seperti ayam, ikan, dibeli dan diasingkan dalam plastik untuk tempoh guna seminggu. Contohnya, ayam dibeli mungkin 2 atau 3 ekor, kemudian dipotong dan diasingkan kuantiti untuk dimasak contoh 7 hari 7 pek (minta kedai potong ayam satu ekor satu plastik). Rasionalnya bahan mentah ini, lambat untuk desfrost, jadi kalau sudah diasing mengikut kuantiti yang akan kita masak, lebih cepat dan bahan mentah tidak mudah kerana kita hanya mengeluarkan kuantiti untuk dimasak. Begitu juga ikan terus asingkan dalam plastik-plastik. Jika mampu, dapatkan freezer yang boleh menyimpan lama, jadi kita tidak perlu berulang alik ke pasar dalam tempoh 1 minggu.
- Sediakan makanan dalam kereta.
- Bagi ibu kadang-kala kepenatan, jadi anda perlu ada makanan yang sedia dimakan bagi memulihkan tenaga dalam kereta atau beg, contohnya biskut, nestum, air kotak dan buah-buahan. Sekadar mengisi perut sepanjang perjalanan balik rumah. Jika tidak pasti anda akan singgah ke kedai tepi jalan kerana lapar bukan. Jadi ia sudah memakan masa.
---------------------------------------------------------------------------------------
Banyak cara sebenarnya yang boleh dipraktikkan, tetapi semuanya atas ibu itu sendiri how she manage herself and time. Bagi saya apa yang saya termampu buat untuk satu hari itu adalah yang terbaik saya dapat buat. Saya akan cuba jugak luangkan masa dengan anak-anak. semestinya saya akan cuba ajak mereka sembahyang berjemaah. Ikut papa mereka ke masjid, check buku sekolah, tanya apa yang mereka belajar untuk hari tu, dan cuba siapkan urusan rumah tangga yang lain jika termampu.....alhamdullilah so far masih ok lagi. yang paling penting saya amat terhutang budi dengan mak dan ayah saya sebab sanggup tolong jaga anak kalau saya dan suami kene keluarga keje awal sebab nursery dan tadika tak bukak lagi. tolong ambil anak kat sekolah kalau saya dan suami balik hingga lewat malam. Saya bersyukur sebab rumah mak saya dekat dengan tempat tinggal saya tapi itu bukanlah menjadi sebab untuk saya ambil kesempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan