Senarai Blog Saya

Selasa, 25 September 2012

Sabarlah Wahai Hati...

La Tahzan....ungkapan paling sesuai untuk semua...especially saya tatkala ni saya rasa sedih sedikit kerana harapan yang ditunggu tak menjadi tetapi alhamdullilah berkat nasihat suami dan sahabat yang memahami kekuatan tu datang kembali.....mungkin ada hikmahnya...bersabar lah. Ye betul saya kene redha atas apa yang berlaku insyaAllah kene usaha lagi. Hidup perlu diteruskan setiap dugaan pasti ada sebabnya kan. semoga ayat-ayat di bawah dapat menguatkan semangat kita lagi agar sentiasa bersabar..:)

Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya orangorang yang sabar itu, akan disempurnakan pahalanya dengan tiada terhitung “. (QS 39:10).

Maka tidak ada dari pendekatan diri manusia kepada Allah (ibadah), melainkan pahalanya itu ditentukan dengan kadar dan dapat dihitung, selain sabar.
Dan sesungguhnya adanya puasa itu sebagian dari sabar dan puasa itu separuh sabar,maka Allah Ta’ala mengaitkan puasa itu bagi orang-orang yang bersabar, bahwa Ia bersama mereka.
Allah Ta’ala berfirman: “Hendaklah kamu bersabar, sesungguhnya Allah itu bersama orang-orang yang sabar”. (QS. 8:46).
Allah Ta’ala menggantungkan pertolongan kepada sabar. Allah Ta’ala berfirman:“Ya! Kalau kamu sabar dan memelihara diri, sedang mereka datang kepadamu (menyerang) dengan cepatnya,Tuhan akan membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang akan membinasakan”. (QS. 3:125).
Allah Ta’ala mengumpulkan bagi orang-orang yang sabar, beberapa hal yang tidak dikumpulkannya bagi orang-orang lain. Allah Ta’ala
berfirman:“Merekalah orang-orang yang mendapat ampunan, kehormatan dan rahmat dari Tuhan dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (QS. 2:157).












Ahad, 23 September 2012

Black Monday?

Ahlan Wasahlan.....hari ini hari isnin...selalu orang akan kaitkan dengan black monday. Emmm memang agak membosankan sket hari isnin ni maklum la setelah 2 hari beristirehat...ye ke? rasanya 2 hari ni la yang paling sibuk nak kemas rumah...nak memasak nak membasuh baju...lipa baju and bla..bla....tapi sebab boleh ikut masa sendiri so rasa happy la jugak. Hari ni belum ada yang best nak kongsi dok masih lagi mencari topik yang nak upload.Yang pasti jalan raya ke KL pasti sibuk dan penuh dengan umat. Bila dilihatkan dan dipikirkan kenapalah KL ni selalu sesak emmm salah satunya yang diperatikan adalah satu orang satu kereta. Saya pun buatlah analisis sendiri pagi tadi...ooo ye la memang kebanyakan orang sekarang ni bawak kereta sorang satu patutlah sesak hehehe....mungkin taraf hidup di Malaysia ni dah meningkat so semua orang mampu memiliki kereta sendiri. Harga kereta pon Malaysia brand pon tak lah mahal sangat. Ye ke?...ekekeke.Sebelum tu anak saya yang sulung plak macam-macam ragamnya nasiblah adik tido nenyak....tengah gosok-gosok baju pon boleh gosok jari sekali adusss adakah itu black monday?...sama-sama lah kita renungkan bersama ye....

Jumaat, 21 September 2012

Maafkan mereka


Guess what?.....dalam keadaan yang agak marah pagi tai tetiba saya terjumpa artikel nih....bila baca rasa marah pun dah kurang. Ye lah untuk jadi seorang yang pemaaf ni perlu datang dengan keikhlasan ...insyaAllah semoga saya sentiasa di bawah lindunganNya.
Tentunya dalam kehidupan kita ini begitu banyak individu yang sering menyakitkan hati kita, mengguris dan melukakan perasaan kita bahkan menjadikan jiwa kita berserabut dan penuh kebencian. Seringkali senyuman kita kehilangan serinya, tawa kita menjadi sumbing dan air muka kita kehilangan cahayanya setiapkali kita bertembung wajah dengan mereka. Bahkan ada yang begitu dengki dan sengaja menyakitkan hati kita malahan sering mereka-reka fitnah dan onar untuk mencacatkan kewibawaan kita.
Ya, inilah sebahagian dari warna warni hidup kita yang menjadikan perjalanan hidup kita lebih unik dan jiwa kita akan menjadi lebih matang jika kita mampu menyikapinya dengan betul.
Apa perasaan kita berdepan dengan golongan ini, walaupun bilangannya mungkin tidak begitu ramai? Apa pula perasaan kita jika yang sering menyakitkan hati kita itu ialah orang-orang yang begitu hampir dengan kita?
Bagi saya, tidak ada yang lebih baik selain memberi KEMAAFAN. Ya, MAAFKAN MEREKA agar jiwa kita lebih lapang dan bahagia. MAAFKAN MEREKA sehingga kebencian tidak lagi mampu mencemarkan keindahan budi atau merubah rupa jiwa kita. MAAFKAN MEREKA agar kita mampu tersenyum melihat kehidupan.
Adakah kita merasakan kebencian kita itu menguntungkan kita atau akan merugikan mereka? Apa yang kita dapat dari kebencian itu kalau bukan keserabutan jiwa, kemarahan yang meluap-luap dan terusirnya ketenangan dan kedamaian dari hati nurani kita? Bahkan setiapkali kebencian mula bertahkta dan menguasai hati maka hati kita itu akan makin keras, gersang, kasar dan merosak air muka kita. Hingga akhirnya dunia yang begitu luas terasa begitu sempit, hidangan yang lazat hilang kenikmatannya dan tidur kita tidak lagi merehatkan jiwa kita untuk mendepani hari baru. Jadi, nyatakan pada saya, apa untungnya kebencian dan kemarahan kita itu kalau bukan menambahkan penderitaan keatas penderitaan yang sudah sedia ada?
Jadi, MAAFKAN MEREKA kerana dalam kemaafan kita itu Allah SWT menjanjikan keampunan. Bukankah dosa-dosa kita masih terlalu banyak sedangkan kematian sering mengintai kita disetiap simpang siur kehidupan. Bagi jiwa-jiwa yang menyakini hari pertemuan dengan Allah SWT tentunya kita benar-benar rindukan pengampunan Allah SWT bahkan pengampunan itu lebih berharga dari pertambahan usia. Apalah gunanya bagi umur yang bertambah tetapi dosanya tidak berkurang. Apa yang kita harapkan dari kehidupan begini?
MAAFKAN MEREKA kerana kita juga sering membuat kesalahan dan setiapkali kita membuat kesalahan, kita begitu rindu dan mengharapkan orang lain menyikapi atau menghadapi kelakuan buruk kita dengan baik bahkan menasihati kita dengan penuh hikmah. Kenapa apabila orang lain melakukan kesalahan kepada kita, kita lalu marah-marah dan pamerkan wajah yang buruk dan penuh kebencian.
MAAFKAN MEREKA, agar jiwa kita menjadi lembut bahkan membuahkan kesabaran dan kepasrahan hingga kita mampu mengukirkan kesenyuman dari relung hati kita yang paling dalam. Biarkan kemaafan itu menghiasi jiwa kita dengan bunga-bunga kecintaan dan kasih sayang hingga mereka tertunduk hormat dan malu kepada kita.
Pernah satu ketika, jiwa saya begitu menderita ketika menghadapi salah seorang dari orang atasan saya. Dia merasakan dirinya yang paling benar. Dia bukan sekadar menolak pandangan orang lain bahkan tidak memberikan ruang untuk pandangan itu dikemukakan. Sedangkan apa yang dilakukannya terlalu salah, buah fikirannya sudah ketinggalan zaman dan cara pengurusan kerjanya sudah terlalu usang dan antik walaupun dari satu sudut saya yakin dia begitu ikhlas dalam kerjanya. Tidak sesiapa yang selesa mengemukakan pandangan kepadanya apatah lagi menegur kesalahannya walaupun kesalahannya terang lagi bersuluh. Bahkan tingkahlakunya sering menjadi buah mulut rakan sekerja.
Jiwa saya begitu menderita. Setiapkali ingin menyuapkan makanan kemulut lalu terpandang wajahnya selera makan saya hilang serta merta. Setiapkali saya pejamkan mata untuk tidur, wajahnya sering muncul dan bermain dalam fikiran saya. Ketika berehat seringkali minda saya mengangankan saat-saat saya berhujah dengannya dan dia menyikapi dengan sikap dingin dan keras kepala hinggakan angan-angan itu menjadikan jiwa saya dililit kegelisahan dan kemarahan. Ya, berbulan-bulan saya hilang kenikmatan jiwa ketika menginjakkan kaki di tempat kerja.
Jiwa saya terus menderita hinggalah saya menemui penawarnya yang begitu mujarab iaitu KEMAAFAN. Saya katakan pada diri saya, kenapa saya harus membencinya. Dia telah lakukan yang terbaik dengan apa yang dia faham, walaupun mungkin caranya salah tetapi itu yang dia faham dan tentang keikhlasannya, Allah yang lebih mengetahui. Kenapa saya harus membencinya sedangkan kebencian saya tidak akan menjadikan dirinya betul atau membetulkan keadaan yang salah. Kenapa saya harus membencinya sedangkan setiap manusia memikul beban dosa yang begitu banyak dan saya sendiripun tidak terlepas daripadanya. Bahkan apabila tua nanti mungkin saya akan akan lebih teruk daripadanya dan orang lain akan lebih membenci saya.
Lalu saya pejamkan mata saya, saya suarakan hati saya pada Allah yang Maha Mengetahui; Saksikanlah ya Allah, aku maafkannya dan aku juga mengharapkan keampunanMu. Saksikanlah ya Allah, aku kasihkannya kerana aku tahu dia ikhlas beramal untuk keredhaanMu. Walaupun dia punya banyak kelemahan tetapi didalam ilmu Mu ya Allah, dosa-dosa ku lebih banyak, walaupun aku rasakan aku lebih baik daripadanya belum tentu ketika aku sampai keusia sepertinya aku akan terus istiqomah diatas jalanMu yang benar ini ya Allah. Semoga Engkau menerima amalnya dan amalku ya Allah.
Disaat itu saya terasakan seolah satu hijab gelap yang menutupi hati saya terangkat dan limpahan cahaya kehidupan kembali menerangi hati saya. Tidak ada lagi kebencian dan keresahan. Kemudiannya saya mencari kesempatan untuk bermaafan dengannya. Semenjak itu hati saya kembali menemui nikmat ketika ditempat kerja. Setiapkali bertembung wajah, senyuman begitu mudah terukir pada wajah saya bahkan kami mampu duduk berbual dan bercerita.
Saya tidak maksudkan kita tidak perlu membetulkan yang salah. Kata Ibnu Qayyim; Jika kamu ingin menyuruh yang ma’ruf pastikan ia menjadi ma’ruf. Ya, jika kita inginkan kebaikan, biarlah tindakan dan cara kita menghasilkan sesuatu yang baik atau lebih baik. Maknanya, setiap tindakan kita perlu disesuaikan dengan niat, cara dan masa yang baik. Kalaupun usaha kita tidak berjaya, yakinlah Allah menjanjikan ganjaran diatas usaha dan kesabaran kita.
Maafkan mereka
agar jiwamu petah berbicara
mengajar insan erti bahagia
dan tersenyum dalam duka
Maafkan mereka
Agar hatimu lapang segala
Menikmati hari-hari baru
yang penuh duka lara
Maafkan mereka
Kerana jiwamu sedar mengerti
Hidup ini ada hari datang dan pergi

Khamis, 20 September 2012

Jumaat Ini


Salam pagi jumaat.....pagi yang indah tetapi telah di rosakkan sedikit dengan cerita-cerita yang kurang enak. Apa saja lah manusia ni kan tak abis-abis nak mengutuk, marah, maki.....inilah asam garam yang perlu ditempuhi mungkin ada yang pernah rasa dan tidak tapi itulah yang sering saya hadapi dari awal kerjaya saya. Tapi saya percaya jika saya rasa saya susah pasti ada orang lain yang pernah rasa lebih teruk dari ini. Tak perlulah saya nak amik port sangat dengan manusia macam tu tak memberi faedah pun. Semoga tuhan beri  petunjuk kepada dia. Emmm sebenarnya saya suka dengan ayat kat atas tu. Sangat memberi makna kan. Saya percaya untuk berbuat kebaikan tak perlu kita tunggu ustaz atau ustazah yang nak ajar atau bercakap sesiapa saja manusia boleh ajak sesiapa saja untuk buat kebaikan kerana itulah yang dituntut dalam Islam. Disamping ingatkan orang lain kita juga ingatkan diri sendiri, yang penting kita selalu muhasabah diri untuk jadi yang terbaik. InsyaAllah setiap perkara yang baik itu akan diberi balasan yang setimpal oleh Allah S.W.T


KELEBIHAN HARI JUMAAT
1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.
4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)

Perkara Wanita Kena Jaga



Hari-hari selalu terpikir untuk jadi yang lebih baik...nak jadi muslimah yang lebih baik...ibu yang lebih baik...isteri yang lebih baik. dan pekerja yang lebih baik. selalunya benda baik ni susahkan nak buat. Tapi bila selalu kita renung apa yang dah dibuat sebelum ni insyaAllah perlahan-lahan kita akan berubah. memang masih banyak perkara yang belum mampu saya ubah tapi saya sentiasa ingat dan cuba untuk berubah. bila baca sesetengah blog tu dengan ayat yang sangat sopan dan cantik seronok bila baca, nak buat tak pandai macam bukan diri sendiri plak.tapi memang sepatutnyalah kita ni berbahasa dengan sopan. InsyaAllah benda-benda baik ni saya akan cuba buat. Di bawah ni ada bebarapa perkara yang saya nak kongsikan dengan semua sebenarnya semua entry dalam blog ni saya buat untuk ingatan saya selain berkongsi dengan kawan-kawan. Inipun saya banyak import dari fb.

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Karipap Gergasi




Ha......beso tak karipap ni?...memang nampak kecik dalam pic tapi realnye beso gaklah sebesar garpu tu hehehe...tu adalah sarapan saya hari ini. Ada membe belanja apalagi makan je la kan...terima kasihla pada yang sudi tu kan.karipap ni dikenali sebagai karipap satu ringgit sebab harga nya seringgit. glamor gak karipap ni kat tempat saya. kalau cerita bab makan kat opos ni macam-macam nama ada. Nasi lemak pocong la....gerun je bunyinye kan...sama ngeri dengan cerita asal usul nasi tu. Ada yang berminat nak order??

Ibu yang Bekerjaya




Assalammualaikum dan Selamat Pagi....new fresh day today. Topik yang saya nak saya tonjolkan arini terpikir gak masa perjalanan nak ke tempat kerja yang mengambil masa satu jam nih. Ditambah plak arini terlewat bangun pagi semua jadi gelabah sket hehehe, nasib baik saya dah pesan kat cik abang sidai baju malam tadi. Tapi bila dah kelam kabut ni rasa letih la plak time tu la nak pack baju anak nak mandikan anak waduh capek jadinya.

bila fikirkan balik masa dengan anak ni sangatlah terhadnya ditambah lagi saya tak ade pembantu rumah so semua keje kena handle and dibantu oleh cik abang. alhamdullilah dia pun ringan tulang. kesian jugak kat anak-anak ni malam je la saya ada masa dengan mereka itu pun sangatlah terhad sebab esok rutin yang sama  saya dan anak-anak akan hadapi. saya tak nak lah mereka mengantuk bila pergi ke sekolah nanti so dalam pukul 10 ke atas dah masuk tidur. saya pulak tak suka tengok rumah berselerak  so nak tak nak saya mesti pastikan rumah bersih dulu before pergi keje. Emmm kadang-kadang tu masak jugaklah tapi selalunya hari bekerja ni banyaknya beli atau makan kat luar je. hari cuti barulah saya akan masak dan clearkan rumah betul-betul.

saya suka jugak menanam pokok bunga ni, konon nak buat mini taman tapi tak banyak jugak pokok saya hehehe. plan nak beli pokok lama dah tapi tak terbeli-beli jugak susah betul kan. time constaraint ke?..tah la sebab bila weekend tu je la masa yang ada nak buat macam-macam aktiviti.Eh ni dah lari topik daaaa...ok kita balik pada  topik ibu yang bekerjaya ni...salah satu sebabnya tu la tadi bila dah mak bapak kerja ni masa tu sangat lah limited edition dengan anak-anak so saya carilah tips macamana nak jadi superwomen hehehe...taklah at least masa berkualiti untuk seisi keluarga.

ini anatara tips yang saya dapat tapi terpulang pada individu tu untuk menguruskan masa mereka.

1. KOMITMEN-ibu perlu berazam untuk mendidik anak dengan baik. ibu perlu ingat, kesilapan mendidik anak pada hari ini, buruk padahnya di masa depan.walaupun letih, kuatkan hati dan semangat untuk melayan anak-anak dengan baik. banyakkan berzikir untuk menghilangkan rasa penat.
kadang-kadang,bila penat tu la kita rasa nak marah je kan..dan anak-anak ni la yang jadi mangsa..lepas ni kalau rasa penat dan anak-anak menguji kesabran, kena banyak-banyak berzikir..

2. KONSISTEN / ISTIQAMAH
-apa yang ibu buat untuk mendidik anak perlulah berterusan. Jangan kerana hari ni dengar ceramah, maka semangat untuk mengajar anak selepas magrib.esok-esok tak buat dah..buatlah secara konsisten.hari ni solat berjemaah,esok lusa tak buat dah.ambillah masa walau sekejap untuk mengulangkaji dengan anak-anak. sekejap tatapi konsisten adalah lebih baik dari lama tapi sekali-sekala kan..

3. KREATIF
ibu berkerjaya perlu kreatif dalam mengurus rumah. Kata ustazah, memang penat dan kadang-kadang rumah tak terurus kerana menguruskan anak-anak.kalau sibuk mengurus rumah takut anak pula terabai. 
Jadi, ibu perlu kreatif. Contoh, kain yang bertimbun, himpun je dalam bakul kalau tak sempat lipat, takde la nampak bersepah(contoh ni ustazah bagi dan maybe dia pon biasa buat..hehehe). Sapa-sapa ibu berkerjaya ade idea kreatif dalam mengurus rumah sila la kongsi dengan saye ye.

4. KETAQWAAN
yang ini paling menarik. kata ustazah, bila kita berkerja, dan anak-anak kita tinggalkan dengan pengasuh..
pastikan kita melakukan kerja dengan penuh taqwa. apa yang kita lakukan,ada impaknya pada anak-anak.kalau kita bekerja, tapi mengambil rasuah, ingatlah hasil haram yang kita beri pada anak. sama juga jika kita bekerja, tapi "tidak bekerja"..ingatlah pada keberkatan rezeki yang kita bawa balik untuk anak-anak..ibu-ibu..bekerja lah dengan kerja yang sebenarnya agar kita membawa balik rezeki yang halal dan berkat untuk anak-anak.agar mereka membesar dengan akhlak yang baik hasil dari didikan yang baik, dan juga makan dari hasil yang baik-baik juga..eh..jangan ibu-ibu risau jika membaca entry ini ketika sedang bekerja ya..tidak salah jika sedang berkelapangan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

  • Kemas barang ketika hari cuti
  1. Hari cuti adalah waktu terbaik untuk kita menyelesaikan semua keperluan anak supaya tidak menggangu waktu rutin harian kita, kita boleh gosok baju bagi tempoh 1minggu terus, menyediakan makanan anak bagi tempoh 2, 3 hari dan dibekukan dan pakaian anak disediakan bagi tempoh 1 minggu terus. Jika tidak kita akan sentiasa tidak cukup masa, sehingga kadang-kala mengabaikan kesihatan, kebersihan. Bagi anak seorang boleh lagi, jika sudah mula menambah 2, 3 seterusnya maka keadaan tidak akan sama seperti sekarang.  Jadi amat perlu kita menguruskan masa sebaik mungkin. Waktu cuti selesaikan semua kelengkapan si anak sebelum kita keluar berjalan, kebiasaan hari cuti kita berjalan badan akan penat kadang-kala kita akan menangguhkan mengemas barang anak pada pagi untuk pergi kerja dan inilah yang akan terjadi, botol susu lupa, susu lupa, lampin lupa,beg lupa dan sebagainya. Kemas semua barang dan letak dalam kereta atau di pintu sebelum hari esoknya. 


  • Simpan barang satu tempat
  1. Praktiskan meletak barang satu tempat supaya kita terbiasa untuk mencapainya. Wujudkan storage semua keperluan anak dalam satu tempat walaupun barang kecil dan perlu biasa menyimpan tempat yang sama apabila menggunakannya. Baju anak diasingkan mengikut kegunaan, baju siang, baju malam dan baju untuk bersiar, storage bertingkat amat sesuai untuk membuat pengasingan ini dan kita mudah mengambil baju tanpa menyelongkar. Elakkan melipat baju anak seluar dan baju asing, sebaliknya satukan baju dengan seluar agar kita segera dapat menggunakannya. Bagi barang kecil seperti bedak, sikat, ketip kuku, puting kapas, minyak zaitun boleh disatukan satu bekas tertutup dan mudah dibawa bagi tujuan mencuci badan anak. KIta dapat menjimatkan masa dari mencari barang yang berterabur.


  • Beli barang anak terus untuk tempoh guna 1 bulan
  1. Hal ini amat digalakkan bagi ibu yang berkerja kerana kesuntukan masa, seeloknya, kira pek kegunaan susu, lampin buang anak bagi tempoh sebulan dan beli terus. Ini memudahkan kita agar barang anak dapat dibekalkan berterusan tanpa masalah. Malah menjimatkan kerana kita mungkin memborong pada hari sales. Wujudkan satu storage extra (barang standby contoh bedak 2 pek, mandian, 2 pek dan sebagainya) barangan yang sudah ada 1 pek sahaja boleh ditambah (extra) jadi urusan kita ke pasaraya akan berkurangan. Hal ini juga boleh diamalkan untuk barangan isi rumah seperti beras, minyak, gas. Amalkan beli extra bagi mudahkan kita ketika barang habis. Tidak wujud incured cost sebab barang ini tetap akan digunapakai. 


  • Amalkan menyediakan bahan masakan sedia masa dalam peti ais
  1. Sedap makan diluar, namun lagi sedap makan dirumah dengan air tangan kita. Anak yang makan, tangan ibu memberi banyak keberkatan pada anak. Bagi bawang,rencah, boleh diblend untuk tempoh kegunaan seminggu dan dipek dalam bekas kecil yang boleh disimpan dibahagian beku, satu simpan ditempat sejuk biasa dan satu lagi dibahagian beku, bawang tidak tahan lama jika tidak disejukbeku. Jadi tempoh 1 minggu amat sesuai untuk kita refill bekas yang sudah kosong. Bawang yang sudah diblend mempercepatkan kita menyediakan masakan setelah balik pejabat. Bahan mentah seperti ayam, ikan, dibeli dan diasingkan dalam plastik untuk tempoh guna seminggu. Contohnya, ayam dibeli mungkin 2 atau 3 ekor, kemudian dipotong dan diasingkan kuantiti untuk dimasak contoh 7 hari 7 pek (minta kedai potong ayam satu ekor satu plastik). Rasionalnya bahan mentah ini, lambat untuk desfrost, jadi kalau sudah diasing mengikut kuantiti yang akan kita masak, lebih cepat dan bahan mentah tidak mudah kerana kita hanya mengeluarkan kuantiti untuk dimasak. Begitu juga ikan terus asingkan dalam plastik-plastik. Jika mampu, dapatkan freezer yang boleh menyimpan lama, jadi kita tidak perlu berulang alik  ke pasar dalam tempoh 1 minggu. 


  • Sediakan makanan dalam kereta.
  1. Bagi ibu kadang-kala kepenatan, jadi anda perlu ada makanan yang sedia dimakan bagi memulihkan tenaga dalam kereta atau beg, contohnya biskut, nestum, air kotak dan buah-buahan. Sekadar mengisi perut sepanjang perjalanan balik rumah. Jika tidak pasti anda akan singgah ke kedai tepi jalan kerana lapar bukan. Jadi ia sudah memakan masa.

---------------------------------------------------------------------------------------

Banyak cara sebenarnya yang boleh dipraktikkan, tetapi semuanya atas ibu itu sendiri how she manage herself and time. Bagi saya apa yang saya termampu buat untuk satu hari itu adalah yang terbaik saya dapat buat. Saya akan cuba jugak luangkan masa dengan anak-anak. semestinya saya akan cuba ajak mereka sembahyang berjemaah. Ikut papa mereka ke masjid, check buku sekolah, tanya apa yang mereka belajar untuk hari tu, dan cuba siapkan urusan rumah tangga yang lain jika termampu.....alhamdullilah so far masih ok lagi. yang paling penting saya amat terhutang budi dengan mak dan ayah saya sebab sanggup tolong jaga anak kalau saya dan suami kene keluarga keje awal sebab nursery dan tadika tak bukak lagi. tolong ambil anak kat sekolah kalau saya dan suami balik hingga lewat malam. Saya bersyukur sebab rumah mak saya dekat dengan tempat tinggal saya tapi itu bukanlah menjadi sebab untuk saya ambil kesempatan.

Rabu, 19 September 2012

Nak Kempiskan Perut?


7 Cara Kempiskan Perut Buncit

Hehehe....entri ni saje saya masukkan khas buat suamiku, emmm bukan nak perli tau cuma bagi tips je.Itupon kalau dia nak buatlah. Bila masuk bab perut ni of course la yang perempuan ni akan bagi reason takpe kita dah bersalin.....memanglah boroi sikit ekekeke..selalunya itulah ayat saya. tapi kalau kat yang lelaki nih kenapa plak ek?. nak kata merokok dia tak merokok.tapi yang pasti dia sangat suka minum ais hehehe..(ketawa jahat lagi). Apepun cuba kita tengok apa yang saya dapat harini.

1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Selamat mencuba!
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
cuba senaman ni...:)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kalau buat sit-up hari-hari tak jadi jugak, boleh cuba tips ni

1. Bangun pagi-pagi.

2. Berdiri tegak kemudian tundukkan kepala lalu tenung perut anda sedalam-dalamnya.

3. Bongkok kan badan.

4. Buka baju.

5. Tengok cermin. Lalu tampar perut anda banyak kali sambil cakap :
 "bikin malu!bikin malu!bikin malu!"
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ikuti tips ini untuk mengalami keberkesanan untuk memiliki perut kempis dengan mudah dan senang.

Makan makanan yang betul
Untuk miliki perut yang kempis, perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang betul dan seimbang untuk tubuh badan kita. Perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau. 

Tinggalkan makanan ringan
Mungkin ini perkara paling sukar untuk ditinggalkan apabila saban hari kita disogok dalam menghayati keenakan makanan ringan tidak kira pada waktu pagi, tengahari dan juga malam. Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kal (kalori) yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun 3 bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin. 

Berhenti makan lewat malam
Kita pasti selalu mendengar perumpamaan ini bukan? Elak makan di waktu tengah malam. Kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar. 

Kurangkan minuman bergula dan soda
Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari. 

Jangan berulam air ketika makan Seelok-eloknya, jauhi makan sambil berulam dengan air kerana situasi ini mampu membuatkan perut anda buncit. Selepas makan, biarkan seketika dan barulah kita meminum air suam. Elakkan meminum minuman sejuk kerana proses penghadaman akan mengalami masalah jika berulam air sejuk dan mengakibatkan perut kita senang buncit. 

Lakukan senaman kardio
Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat.